Bahang Kejohanan Badminton Kian Terasa


Kelmarin
(4 Ogos 2008) bertempat di Dewan MPN, bermula jam 10.00 malam,
kira-kira 20 orang penghuni Desa Anggerik dan pelajar USIM berkumpul
untuk membuat latihan badminton secara beregu, untuk menggilap semula
bakat dan skil yang hampir 'berkarat' dek zaman. Latihan bebas yang
berakhir jam 12.00 tengah malam itu menunjukkan usia bukan penghalang,
sekaligus menjadi asas ukuran bagi kejohanan sebenar nanti.
Bagi peserta kategori Lelaki Senior misalnya, latihan malam kelmarin membuktikan sentuhan mereka ma
sih
berbisa sekaligus melaungkan amaran agar kategori mereka nanti tidak
dipandang sebelah mata. Chef Kadir umpamanya, mampu membuatkan lawannya
berlari ke segenap gelanggang untuk mengembalikan bulu tangkis. Jelas,
beliau bukan sahaja pakar di dapur, tetapi gerakan tangan yang
mengenggam senduk dan sudip sesekali membuatkan lawan tercungap
kepenatan, begitu juga En. Jamil, Haji Rahim, Pak Akob dan En. Abu.

Hakikatnya,
kejohanan badminton pada 24 Ogos nanti adalah gelanggang yang sesuai
untuk menguji dan melihat siapakah individu yang sebenarnya selama ini
menyembunyikan skil badminton kerana peserta kategori Lelaki (bawah 40
tahun) yang berlatih juga tidak kurang hebatnya. Mereka yang beraksi
malam tadi adalah, En. Mukhlis, En, Zaki, En. Zahari, En. Faiz, En.
Sharif, Cikgu Alwi. En. Shashila, Pak Ya, En. Azman, dan beberapa lagi
peserta termasuk pelajar USIM. Nantikan latihan bebas seterusnya yang
akan ditetapkan tarikhnya kemudian.
Sunday, July 27, 2008
Kempen Penjimatan Petrol

Biro
Rekreasi, KRTDA hari ini (27 Julai 2008) melancarkan program penjimatan
penggunaan petrol bagi ahli KRTDA bertempat di perkarangan Surau Desa
Anggerik.

Biro Rekreasi, En. Muhlis memaklumkan bahawa seperti program ini berkemungkinan akan diteruskan lagi pada masa akan datang bergantung kepada permintaan ahli KRTDA.
Seorang Mekanik khas dari Seremban mengendalikan proses
pemasangan berasaskan penggunaan air bagi mengurangankan penggunaan
petrol dalam enjin kenderaan. Caj dikenakan adalah hanya RM40.00 di mana
RM10 disumbangkan oleh peserta kepada Surau Desa Anggerik dan KRTD
A.

Dengan
penggunaan sistem ini, dijangka pengunaan petrol mampu dijimatkan
sehingga 30% disamping menambahkan lagi kuasa 'pick-up' kenderaan.
Sebanyak 9 buah kenderaan yang telah dipasangkan dengan alat ini,
program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.
Encik
Zahari yang turut memasang komponen tersebut pada enjin keretanya
memberitahu bahawa terdapat perbezaan ketara dari segi prestasi enjin
keretanya berbanding sebelum ini. Perasaan ini turut dikongsi oleh
beberapa peserta lain yang turut berpuas hati dengan kosnya yang amat
menjimatkan.

Biro Rekreasi, En. Muhlis memaklumkan bahawa seperti program ini berkemungkinan akan diteruskan lagi pada masa akan datang bergantung kepada permintaan ahli KRTDA.
"BERJIMAT SAMBIL BERAMAL"